Dedak Penggemuk Haiwan Ternakan
Dedak Penggemuk Haiwan Ternakan

Dedak atau Makanan penggemuk yang berkhasiat adalah sangat penting bagi tumbesaran haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan biri-biri. Jumlah protein dan fiber tinggi yang terdapat dalam dedak merangsang ternakan supaya cepat besar, lebih sihat, menguatkan imun badan ternakan supaya dapat melawan serangan penyakit serta membantu pertumbuhan tulang dan gigi ternakan.

Penyimpanan:

Simpan di kawasan yang kering dan pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak dari serangan burung dan tikus. Jauhi dari kanak-kanak.

Cadangan Pemakanan:

Disarankan untuk memperkenalkan secara perlahan-lahan kepada haiwan ternakan dewasa pada kadar 500g setiap haiwan sehari. Kemudian, anda boleh tingkatkan saiz hidangan ke maksimum 6 kg untuk setiap haiwan sehari. Keperluan dan saiz hidangan akan berbeza bergantung pada diet semasa.

Produk di bawah kategori yang sama

Dedak Penggemuk Haiwan Ternakan
BEKAERT Barbed Wire 500M