Perkhidmatan Kami

Di Balora Agro, jualan runcit secara terus atau “walk-in” adalah salah satu medium termudah bagi membina hubungan efektif di antara kami dan pelanggan. Ini membolehkan kami berinteraksi dengan pelanggan secara langsung dan memahami keperluan dan kehendak mereka dengan lebih efisyen.

Perunding jualan kami juga dilatih untuk memberi khidmat konsultansi bagi membantu setiap pelanggan menentukan spesifikasi alatan pertanian atau perternakan yang sesuai untuk kawasan masing-masing. Kami memahami keperluan kebun dan kandang anda dan sentiasa berusaha untuk memberikan maklumat yang tepat dan bersesuaian bagi setiap pelanggan.

Antara produk yang ditawarkan di Balora Agro adalah termasuk pagar cyclone seperti

  • Pagar Cyclone Balora
  • Pagar Cyclone Premium – Tightlock Bekaert
  • Energizer Pagar Elektrik
  • Komponen & Aksesori Pagar Elektrik
  • Dedak Penggemuk Ternakan

Dengan menyediakan pagar cyclone dan pagar elektrik yang berkualiti tinggi, kami percaya bahawa keselamatan ternakan & kebun dari serangan musuh atau haiwan perosak akan lebih terjamin disamping membantu pekebun dan penternak memperoleh hasil yang lebih banyak dan optimum.

Balora Agro di seluruh Malaysia

Bagi pelanggan di luar kawasan, Balora Agro kini sedia menawarkan perkhidmatan penghantaran produk kami ke seluruh Semenanjung Malaysia. Dengan hanya satu klik, kini pelanggan dapat menghubungi kami secara terus untuk membuat pembelian, merancang penghantaran pagar atau pertanyaan secara atas talian.

Waktu operasi: 9am-6pm (Setiap Hari termasuk cuti umum)