33 Pokok Kelapa Musnah di Serang Gajah Dalam 1 Malam Sahaja

Kali ni Ayu nak cerita sikit beberapa perkongsian pengalaman dari pengguna. Masalah gajah suka sangat masuk ke kebun beliau. Kesian… kita bersimpati dengan musibah kepada pekebun seperti En. Rosli Basri. Sebanyak 33 pokok kelapa jenis Tacunan musnah dalam satu malam jer. Nasib baik 300 pokok duriannya tidak disentuh. Lihat laporan Sinar Harian

Walaupun dah pasang wayar elektrik untuk elak dari gajah masuk ke kebun, tapi masih juga berlaku masalah yang sama dan berulang. Persoalan nya,adakah pagar elektrik yang dipasang dengan menggunakan peralatan & perkakasan yang betul? Apakah solar panel, energiser, insulator, wayar, dawai bumi di pilih ikut kesesuaian tapak & potensi menghalang musuh?

Bagaimana pula dgn penjagaan untuk peralatan pagar elektrik ni?. Adakah, betul buat penyelenggaraan dengan betul?. Nak tahu kenapa sebab utama kenapa pagar elektrik gagal berfungsi dengan baik?

Sini Ayu nak kongsikan, Tak ramai yang ada pengalaman buat pagar elektrik untuk halang gajah dengan berjaya. Selalunya yang kita dengar adalah Gajah masih boleh lolos masuk ke kebun dan merosakkan tanaman walaupun jabatan pertanian menggunakan Energizer ( ibu karan ) saiz 4-12 Joule.

Berbanding dengan En Zaba dari Lenggong Grik Perak, beliau berjaya memasang pagar elektrik yang dapat menghalang Gajah (atau orang Kuat mengikut panggilan En Zaba) dengan hanya mengunakan Energizer ( ibu karan ) bersaiz 1 Joule sahaja, nampak kan? tak perlu Joule yg besar pun.

 

Testimoni En. Zaba dari Lenggong, Perak

 

Buktinya adalah, kebun beliau tidak lagi dimasuki oleh orang KUAT setelah pemasangan pagar elektrik dibuat.
Walaubagaimanapun, pada bulan September, beliau dimaklumkan oleh perkerja, seekor orang kuat telah berjaya masuk dengan cara menumbangkan sebatang pokok berhampiran dengan pagar dan menghempap pagar.

Akan tetapi,hanya seekor sahaja yang berani masuk dengan cara pijak batang pokok yang telah ditumbangkan. Orang kuat lain ( gajah lain ) tak berani masuk sebab nya dah tahu ada pagar elektrik.

Cerita lain pula, sayangnya kebun jiran yang menggunakan energizer ( ibu karan ) jenama X telah musnah teruk sebab satu sekumpulan gajah masuk berkampung di kebun. Dah jadi macam kuala Gandah la pulak, boleh buat tempat pelancongan…

Melalui pengalaman En Zaba, orang kuat akan gunakan laluan yang sama setiap 3-6 bulan, bagi mengelakkan peristiwa yang sama berlaku, beliau sudah tebang pokok yang berhampiran pagar supaya orang kuat tak boleh tumbangkan pokok lagi.
Tahniah En Zaba.

 

 

Pagar zink Encik Rosli pecah angkara gajah liar

 

Apa yang kita boleh pelajari daripada pengalaman En Zaba ?

i.     Pasang pagar elektrik dapat mengelakkan gajah ceroboh kebun
ii.    Gunakan Energizer ( ibu karan ) yang telah terbukti berkesan, jangan gunakan jenama X
iii.   Tebang pokok dekat dengan sempadan kebun sebab gajah ni bijak dan gunakan otak.
iv.    Pastikan pagar elektrik sentiasa di selenggara, pokok yang memanjat pagar elektrik perlu di buang supaya tidak berlaku kebocoran elektrik.
v.     VOLT yang menghasilkan renjatan pada musuh, bukan JOULE.

 

Dapatkan maklumat yang betul macam En Zaba supaya anda semua tidak tersalah maklumat dan mengalami kerugian.

Info lanjut boleh klik link whatsapp :     

Share this post

Recent Posts

Moh lerr kite ke Perak.. Hari HPPNK Kebangsaan di Ipoh dari 10 Nov – 12 Nov 2023

IPOH, 7 November – Dijangkakan 350,000 pengunjung akan hadir pada sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini …

Read More →

PESARA KERAJAAN MAMPU MERAIH PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN MENJUAL RUSA

Sungguh tidak sangka, bermula hanya sekadar hobi semata-mata untuk memenuhi masa lapang, kini pesara kerajaan Mohd Zaid Zakaria, mampu menjana pendapatan yang lumayan hasil dari …

Read More →

10 JENIS BAKA LEMBU TERBESAR DIDUNIA

Bagi petani, produktiviti daging dan susu lembu adalah penting, tetapi ada individu yang menyebabkan kekaguman bukan untuk berat penyembelihan dan hasil susu yang tinggi, tetapi …

Read More →

“SAYA NAK PAGAR CYCLONE YANG PALING TERBAIK SEKALI UNTUK KANDANG LEMBU SAYA”

Menternak haiwan seperti lembu sudah semestinya perkara wajib perlu difikirkan adalah berkenaan kandang atau pagar untuk ternakan seperti lembu. Ianya bagi memastikan haiwan ternakan tidak …

Read More →

PENTERNAK KAMBING AWALNYA DI KETAWAKAN, TAK SAMPAI BEBERAPA TAHUN LIHAT HASILNYA.

RANCANG AWAL AKTIVITI SELEPAS BERSARA DENGAN MENTERNAK KAMBING Pada awalnya diketawakan, tak sampai setahun jadi sanjungan. Kisah benar ini terjadi dekat kawan ayah saya sendiri …

Read More →

PERAK AGROFEST 2023 – PAMERAN & JUALAN PAGAR CYCLONE ( 29 SEPTEMBER – 1 OKTOBER 2023 )

BALORA AGRO AKAN BERADA DI PERAK AGROFEST 2023 SEPANJANG 3 HARI DI SUNGAI SIPUT. Sempena Perak Agrofest 2023 yang bakal berlangsung pada 29 september hingga …

Read More →