Alhamdulillah, kali ni Balora Agro diberi peluang untuk berkongsi rezeki dengan pelangan-pelanggan Balora Agro. Ini kali ke-2 Balora Agro mengadakan kempen cabutan bertuah untuk pelangan Balora Agro pada tahun 2023. Pada bulan june 2023 yang lepas, Balora Agro mengadakan kempen cabutan iaitu dibawah kempen “REMPIT KEBAL” yang bermatlamat mengajak para penternak dan pekebun menggunakan PAGAR CYCLONE untuk memberikan perisai paling kebal dan kukuh untuk ternakan dan kebun mereka.
Dengan setiap pembelian, para penternak dan juga pekebun berpeluang untuk mendapat hadiah istimewa iaitu sebuah motosikal YAMAHA Y15 sebagai hadiah utama kepada yang bertuah.
Dengan kempen “REMPIT KEBAL” yang lepas, Balora Agro telah mendapat pemenang cabutan hadiah yang bertuah. Jom kita tonton video ucapan pemenang utama sebuah motosikal Yamaha Y15 ZR bernilai RM12,000.
pada kali ini, Balora Agro ingin berkongsi rezeki dengan para pembeli dengan mengadakan kempen di musim kedua ni iaitu kempen “PENCEN KAYA” dimana matlamat ini mengalakkan mereka yang bakal berpencen dan yang bakal melakukan aktiviti seperti penternakan dan kebun atau pertanian menggunakan perisai PAGAR CYCLONE sebagai pertahanan untuk haiwan ternakan dari terlepas dan juga kebun bagi mengelakkan haiwan dari luar merosakkan hasil kebun dan tanaman.
Kempen “PENCEN KAYA” ini telah Balora Agro lancarkan pada awal bulan oktober baru ni hingga hujung bulan desember 2023 dengan pelbagai hadiah menarik untuk setiap pembelian yang akan kami bagi kepada para pembeli yang bertuah nanti.
Pelbagai tawaran promosi juga telah kami berikan kepada penternak dan juga pekebun sepanjang kempen ini berlansung dari awal bulan oktober lalu hingga ke bulan lepas yang tamat pada 31 desember 2023 dan telah melabuhkan tirai kempen promosi kami.
Antara hadiah yang menarik dijadikan hadiah utama adalah GOLD BAR 999 seberat 10g yang bernilai RM3,000 lebih. Siapakah yang bakal menjadi pemenang dan bertuah kali ni ya? Antara hadiah lain seperti smart tv, jam tangan, dan banyak barangan elektrik yang lain untuk bakal-bakal pemenang yang bertuah.
Sebanyak 600 lebih tiket nombor telah dikeluarkan untuk kempen kedua yang Balora Agri telah anjurkan dimana telah mendapat sambutan yang sangat menggalakan dari para penternak dan juga para pekebun sepanjang 3 bulan kempen ini berlansung.
NANTIKAN SECARA LIVE DI FACEBOOK PAGE BALORA AGRO PADA
11 JANUARI 2023
11 PAGI – 12 TENGAH HARI
Kita sama-sama lihat siapakah yang bakal menjadi pemenang utama hadiah GOLD BAR 999 seberat 10G dan juga pelbagai hadiah yang lain.