Pada 20 & 21 november 2023 yang lalu, Balora Agro di jemput ke Ladang Ternak Rusa di UPM Serdang bagi berkongsi maklumat dengan peserta kursus ternakan rusa berkenaan spesifikasi pagar cyclone untuk rusa dan juga demotrasi cara pemasangan pagar cyclone yang betul dan selamat untuk ternakan. Ini adalah kali ke-2 Balora Agro di jemput dimana sebelum ini kami telah selesai di PTH Lenggong
( Pusat Ternakan Rusa Lenggong Perak )
penerangan penggunaan pagar yang sesuai untuk rusa mengikut spesifikasi dan cara pemasangan
Sebelum sesi demo & praktikal cara pemasangan pagar cyclone sebenar di ladang rusa, Balora Agro berkongsikan maklumat di dalam dewan kursus berkenaan spesifikasi ketinggian pagar serta pagar yang sesuai untuk ternakan rusa. Juga jenis tiang dan ketinggian tiang yang perlu digunakan.
Dari segi alatan pemasangan juga turut Balora Agro kongsikan kepada peserta kursus ternak rusa di UPM bagi memudahan pemasangan pagar dibuat jika menggunakan alatan yang betul.
Kandang rusa memerlukan ketinggian setinggi 6 kaki atau paling baik gunakan ketinggian 8 kaki kerana bagi mengelakkan rusa melompat. Di dalam kursus ini juga turut akan diajar cara pembahagian petak dan pengasingan rusa.
demo & praktikal cara pemasangan pagar cyclone
Pada sesi demo dan praktikal, Balora Agro tunjukkan cara pemasangan yang betul untuk pagar cyclone supaya ianya tahan lebih lama dari segi ketegangan dan juga kekuatan. Jika tidak di pasangkan dengan betul, fungsi sebenar pagar cyclone tidak dapat diterjemahkan dan pagar tidak dapat berfungsi dengan baik.
sesi praktikal pemasangan pagar cyclone oleh Balora Agro dibantu peserta kursus ternakan rusa di Ladang Rusa UPM Serdang
Pemasangan pagar cyclone dengan menggunakan alatan yang betul tidaklah susah jika anda faham setiap langkah yang ditunjukkan. Dengan adanya alatan seperti di dalam sesi praktikal video diatas, pemasangan pagar cyclone akan menjadi lebih mudah dan pagar juga akan nampak lebih cantik dan kukuh.
Penggunaan pagar yang berkualiti dan kukuh juga memainkan peranan penting untuk ternakan rusa ini, kerana rusa jantan biasanya akan mengasah tanduk di pagar kebiasaannya dengan meraduk pagar cyclone. Jika menggunakan pagar yang lembut dan tidak berkualiti akan menyebabkan pagar mudah rosak dan tidak tahan lama.
Cari pagar cyclone yang terbaik & berkualiti mengikut spesifikasi Jabatan disini – Tightlock Bekaert