Dari Pahang ke Perak sejauh 480km Balora Agro membuat servis pemasangan pagar cyclone. Bukan sahaja membuat pemasangan, Balora Agro juga membekalkan pagar cyclone, tiang dan juga pintu pagar bagi melengkapkan perisai untuk kawasan kebun.
Pelanggan dari perak ni, kami membekalkan pagar cyclone balora SILVER PRO tinggi 5 kaki sebanyak 9 gulung untuk kawasan seluas 2.5 ekar untuk kebun beliau dan juga 2 unit pintu pagar untuk kemudahan keluar dan masuk ke kebun. Termasuk juga dengan membekalkan tiang pagar yang berkualiti untuk kebun beliau.
Untuk dapat hasil pagar yang kemas dan tegang juga mampu bertahan dalam tempoh jangka masa yang lama, cara pemasangan yang betul dan juga menggunakan alatan khas sangat penting supaya pagar cyclone dapat hasil yang memuaskan dan tegang dengan baik supaya apabila pagar tegang dan kemas, pagar cyclone dapat memberikan fungsi yang sangat baik sekaligus dapat memberikan tahap keselamatan yang tinggi pada kebun.
Kenapa?
Sebab, pagar cyclone mempunyai fungsi yang sangat bagus dimana sistem spring atau lantunan yang ada pada cyclone ni dapat menahan impak rempuhan dari binatang yang ada di kawasan luar.
Bayangkan kalau anda beli pagar cyclone mahal, tapi bila pasang nampak kendur dan pagar sekaligus tidak dapat memberikan fungsi yang maksimum, amat mudah untuk binatang seperti babi hutan merempuh masuk.
Bukan itu sahaja, nampak jelas tidak kemas dan sangat serabut hehehe. Ye la, dah beli pagar mahal, kos dah keluar untuk pagar kebun sudah semestinya nak nampak hasil pasang mestilah cantik dan kemas.
Selama, Perak ni kami gunakan tiang batu konkrit sebagai tiang tengah untuk pegang pagar cyclone dengan jarak setiap 3m dan tiang besi GI pipe Class A untuk setiap pemula tiang utama. Tiang GI diperlukan sebagai tiang utama untuk menahan bebanan tarikan cyclone apabila cyclone sudah ditegangkan dan malah tiang GI juga sangat tahan lama.
Hasilnya, dapat disiapkan selama 12 hari untuk luas kawasan 2.5 ekar ni. Tanpa perlu tunggu lama, dapatkan teruskan perancangan menanam tanaman yang diinginkan tanpa ganguan dah hehe
Bagi anda yang inginkan servis pemasangan dan juga pagar cycone, anda boleh hubungi Balora Agro untuk sebarang perbincangan untuk membantu menyelesaikan masalah di kebun anda.
Boleh hubungi terus melalui Whatsapp :





