PENTERNAK KAMBING AWALNYA DI KETAWAKAN, TAK SAMPAI BEBERAPA TAHUN LIHAT HASILNYA.

RANCANG AWAL AKTIVITI SELEPAS BERSARA DENGAN MENTERNAK KAMBING

Pada awalnya diketawakan, tak sampai setahun jadi sanjungan.

Kisah benar ini terjadi dekat kawan ayah saya sendiri dan kini menjadi inspirasi saya untuk melangkah lebih jauh dalam bidang penternakan. Dulu kawan ayah saya ni, Pak Ali kerja sebagai penolong pegawai tadbir selama 30 tahun. Selepas Pak Ali pencen, dia dapat hasil duit pencen sekitar dalam RM200k.

Pak Ali menggunakan sebahagian daripada duit pencen beliau untuk membeli beberapa ekor kambing dan membina kandang kambing. Kos yang dikeluarkan untuk membeli beberapa ekar kambing serta membina kandang sekitar RM50k lebih kurang.

Kawan-kawan Pak Ali yang sama umur dan berpencen pada tahun yang sama berbelanja sakan dengan anak dan isteri, pergi melancong, beli kereta secara cash, tukar telefon baru dan dah macam tukar selera makan hehe..

Pak Ali dengan tenang je melayan kambing dekat laman rumah. Pada sebelah pagi, beliau membersihkan kandang sambil bagi makan pada kambing beliau dan pada petang pula beliau membawa cucu main dengan kambing. Kehidupan hanyalah seperti orang kampung biasa walaupun duit pencen masih lagi berbaki sekitar RM150k.

Disebabkan kehidupan Pak Ali begitu ‘kampung’, kawan-kawan mula mengejek dan ada yang perli badan berbau kambing, kalau jumpa je akan membuat bunyi mengembek seakan mengusik atau mengejek. Ada jugak yang cakap membela kambing seperti nak bawa masuk kubur.

Pak Ali tetap tenang dan senyum je dengan cemuhan orang ramai. Tak terasa sikit pun dengan pandangan kawan-kawan yang pernah berkerja dalam satu pejabat.

Hari berganti hari dan ternakan Pak Ali banyak yg sakit mata, batuk selsema, ada jugak yg mati secara tiba-tiba. Makin teruk Pak Ali diperli  dan dimalukan depan orang ramai. Ramai yg cakap kambing tak ‘sekun‘ dengan pak ali.

Terduduk Pak Ali tengok satu per satu kambingnya arwah depan mata!

Hanya berbaki lagi 5 ekor kambing betina, Pak Ali tetap teruskanperancangan beliau. Tapi kali ni Pak Ali berjumpa dengan ramai otai-otai dan pakar dalam bidang penternakan di seluruh malaysia. Daripada Veterinar sehingga pemilik ladang kambing, perlahan-lahan Pak Ali belajar cara menguruskan kambing secara ekonomi.

Maksud ekonomi tu ialah membela sambil buat duit. Bukan sahaja belajar bagi haiwan tu jadi gemok dan sihat. Pak Ali juga belajar cara untuk trading, jual baka, jual daging dan jualan hidup untuk aqiqah. Sangat perlahan akan tetapi konsisten.

Daripada 5 ekor, menjadi 9 ekor dalam masa 7 bulan dan kemudian bertambah lagi sehingga 4 generasi. Dalam masa 4 tahun, ternakan pak ali dah cecah 60 ekor! Kandang yang sebelum ni hanya 15×15 terpaksa dibesarkan menjadi 60×15!

Satu pencapaian yang agak luar biasa bagi orang yang baru belajar.

Kawan-kawan yang mengejek dulu, mula perasan yang duit mereka semakin susut. Walaupun duit pencen dapat lebih RM200k seorang, tak sampai 3 tahun dah tinggal 3k dalam akaun.

Bermula dari situ, mereka mula belajar membuat bisnes, ada yang join MLM dan ada jugak yang buat loan untuk mulakan bisnes. Yang paling common pun bukak kedai makan harian.

Tapi tidak ramai yang berjaya. Ramai yang kecundang disebabkan tenaga orang tua tak sama dengan orang muda. Sikit-sikit dah pancit, tak larat nak drive jauh. Nak kerja sampai 12 jam sehari lagi la mustahil dengan keadaan usia yang semakin meningkat. Mengharapkan anak-anak sahaja yang boleh membantu. Itu pun kalau anak-anak tiada komitmen lain.

Pak Ali dengan banganya tunjukan hasil jualan kambing beliau dekat orang yg kutuk dia selama ni. Anggaran seminggu pendapatan sekitar RM1k atau RM2k. Bila tiba musim raya haji, Pak Ali mampu mendapat pendapatan sekitar RM15k dalam masa 3 hari je!

Tercengang orang yg ejek dia dulu. Daripada yg hina Pak Ali, sekarang mula nak berbaik dengan Pak Ali. Pergi melawat kandang, tolong bagi makan kambing dengan niat dapat belajar cara Pak Ali bangunkan bisnes kambing sendirian.

Tapi yang saya sangat respek dekat Pak Ali, dia tak pernah pun terasa hati dengan mereka semua dan tak pernah simpan dendam walau sedikit pun. Malah beliau ajar semua yang beliau tahu dekat orang yg menghina beliau dulu. Mulia betol hati Pak Ali kan.

Orang macam ni la yang boleh diangkat sebagai idola. Tidak kedekut akan ilmu, tidak berdendam dan paling penting orang yang tidak pernah mengaku kalah. Saya sendiri pun rujuk Pak Ali untuk ilmu berkaitan ternakan kambing dekat kampung.

Semoga cerita ni dapat memberi inspirasi kepada penternak muda untuk melangkah lebih jauh dalam bidang yang kita ceburi.

“Jangan takut dan gentar, agi idup agi ngelaban. Kita pasti berjaya suatu hari nanti insha’Allah”

Share this post

Recent Posts

BALORA DI HARI VETERINAR SEDUNIA ( MAEPS SERDANG )

Hari Veterinar Sedunia 2024 anjuran Jabatan Veterinar Malaysia telah diadakan pada 25 hingga 28 April 2024 di Laman Ternak Maeps, Sedang. Program ini turut disertai …

Read More →

BALORA NAK BAGI VOUCHER PETROL RM50-RM1,000 SECARA PERCUMA BULAN PUASA NI.

Fuh..betul best giler dapat percuma voucher petrol ni, boleh ronda-ronda bandar dengan minyak free.. hehe. Korang dah pernah merasa tak dapat voucher petrol percuma ni? …

Read More →

PRODUK BARU !! KAWAT DURI BERKUALITI DENGAN HARGA MAMPU MILIK

“LEBIH JIMAT”   Semakin hari semakin banyak permintaan produk pagar KAWAT DURI di Balora Agro. Terkini pada tahun 2024, Balora Agro telah mengeluarkan produk kawat …

Read More →

BELI PAGAR CYCLONE DAPAT EMAS GOLD BAR 999 BERAT 10G

Alhamdulillah, kali ni Balora Agro diberi peluang untuk berkongsi rezeki dengan pelangan-pelanggan Balora Agro. Ini kali ke-2 Balora Agro mengadakan kempen cabutan bertuah untuk pelangan …

Read More →

KAWAT DURI BEKAERT HIGH TENSILE UNTUK TERNAKAN DAN PERTANIAN

Selain pagar cyclone, Balora Brothers juga membekalkan Kawat Duri jenama BEKAERT dimana teknologi pembuatan nya daripada Belgium. Kawat duri Bekaert sangat sesuai digunakan untuk ternakan …

Read More →

KURSUS TERNAKAN RUSA & DEMO PEMASANGAN PAGAR RUSA DI UPM SERDANG

Pada 20 & 21 november 2023 yang lalu, Balora Agro di jemput ke Ladang Ternak Rusa di UPM Serdang bagi berkongsi maklumat dengan peserta kursus …

Read More →