PESARA KERAJAAN MAMPU MERAIH PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN MENJUAL RUSA

Sungguh tidak sangka, bermula hanya sekadar hobi semata-mata untuk memenuhi masa lapang, kini pesara kerajaan Mohd Zaid Zakaria, mampu menjana pendapatan yang lumayan hasil dari menternak rusa.

Beliau yang tinggal di Kampung Sungai Sam, Kuala Krai, Kelantan menternak rusa sejak lapan tahun yang lepas. Kegiatan tersebut dilakukan selepas beliau bersara daripada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Menurut beliau, sebagai orang pencen beliau mempunyai banyak masa terluang. Beliau seorang yang tidak boleh duduk diam kerana sudah terbiasa bekerja sejak dari dulu lagi. Jadi beliau mula mencari idea dan mengambil inisiatif menternak rusa.

Sebagai permulaan, beliau mengeluarkan bajet permulaan sebanyak RM13500 untuk membeli lima rusa induk daripada seorang penternak di Sungai Jin, Kuantan Pahang. Rusa tersebut perlu dikurung di dalam kandang sekurang-kurangnya enam jam sehari supaya mudah dijinakkan

Rusa baka jenis Timorensis cepat membiak

Menurutnya lagi, tanpa pengalaman beliau tidak menyangka ternakan rusa baka jenis Timorensis ini cepat membiak.

“Melihat keadaan itu saya jadi exited dan mula nampak potensi besar apabila permintaan terhadap daging rusa meningkat biarpun harganya agak mahal.

“Saya mula serius menternak rusa dengan membeli beberapa ekor sedikit demi sedikit untuk memenuhi permintaan pelanggan.

“Bukan saja ada yang nak beli daging, malah tidak kurang pula yang mahu membeli rusa hidup hingga ada permintaan dari luar negeri Kelantan.

“Setakat ini saya sudah menjual sudah 11 rusa dan kini ada 13 ekor lagi termasuk enam rusa betina menunggu masa untuk beranak,” katanya.

Selain menjual daging rusa dengan harga RM65 sekilogram, beliau juga menjual rusa yang masih hidup antara RM2000 hingga RM5000 seekor. Tambahnya lagi, bidang ternakan haiwan ini juga jarang diceburi oleh orang ramai kerana kerumitan menjaganya.

“Rusa ini perlu dijaga sepanjang masa kerana rusa yang baru dipindahkan masih liar dan sering merempuh pagar. Selain itu, daun kayu perlu diberi sekali sehari dan dedak tiga kali sehari sebagai makanannya.

“Saya dan isteri mengambil masa lebih kurang dua tahun untuk menjinakkan rusa sehingga kami boleh menggosok badan dan kepalanya sekarang,” katanya.

Bagaimanapun, menternak rusa tidak memerlukan kos yang tinggi dan kaedah penjgaan pula jauh lebih jimat berbanding haiwan lain seperti kambing dan lembu.

Sediakan pagar yang bersesuaian untuk menternak rusa

Pagar yang sesuai dapat mengurangkan risiko rusa terlepas dari kandang. Ketinggian pagar yang dicadangkan adalah tinggi 6 kaki atau 8 kaki. Seperti yang kta tahu, seekor rusa mampu melompat tinggi tanpa memerlukan lajakan dari jauh. Jadi ketinggian pagar yang dicadangkan mampu menghalang dari rusa melompat keluar.

Selain dari itu, kekuatan dawai pagar itu juga memainkan peranan penting kerasa rusa yang datang ke kawasan yang baru agak sukar dijinakan dan akan kerap kali merempuh pagar. Bagi rusa jantan pula akan meraduk pagar bagi mengasah tanduk nya. Lihat spesifikasi pagar untuk rusa disini. ( Pagar rusa )

Share this post

Recent Posts

Moh lerr kite ke Perak.. Hari HPPNK Kebangsaan di Ipoh dari 10 Nov – 12 Nov 2023

IPOH, 7 November – Dijangkakan 350,000 pengunjung akan hadir pada sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini …

Read More →

PESARA KERAJAAN MAMPU MERAIH PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN MENJUAL RUSA

Sungguh tidak sangka, bermula hanya sekadar hobi semata-mata untuk memenuhi masa lapang, kini pesara kerajaan Mohd Zaid Zakaria, mampu menjana pendapatan yang lumayan hasil dari …

Read More →

10 JENIS BAKA LEMBU TERBESAR DIDUNIA

Bagi petani, produktiviti daging dan susu lembu adalah penting, tetapi ada individu yang menyebabkan kekaguman bukan untuk berat penyembelihan dan hasil susu yang tinggi, tetapi …

Read More →

“SAYA NAK PAGAR CYCLONE YANG PALING TERBAIK SEKALI UNTUK KANDANG LEMBU SAYA”

Menternak haiwan seperti lembu sudah semestinya perkara wajib perlu difikirkan adalah berkenaan kandang atau pagar untuk ternakan seperti lembu. Ianya bagi memastikan haiwan ternakan tidak …

Read More →

PENTERNAK KAMBING AWALNYA DI KETAWAKAN, TAK SAMPAI BEBERAPA TAHUN LIHAT HASILNYA.

RANCANG AWAL AKTIVITI SELEPAS BERSARA DENGAN MENTERNAK KAMBING Pada awalnya diketawakan, tak sampai setahun jadi sanjungan. Kisah benar ini terjadi dekat kawan ayah saya sendiri …

Read More →

PERAK AGROFEST 2023 – PAMERAN & JUALAN PAGAR CYCLONE ( 29 SEPTEMBER – 1 OKTOBER 2023 )

BALORA AGRO AKAN BERADA DI PERAK AGROFEST 2023 SEPANJANG 3 HARI DI SUNGAI SIPUT. Sempena Perak Agrofest 2023 yang bakal berlangsung pada 29 september hingga …

Read More →