Jenis-Jenis Ikatan Dawai Pagar Cyclone – Pagar Kebun & Ternakan

Semakin hari semakin ramai penternak dan juga para pekebun beralih arah menggunakan pagar cyclone dimana ianya lebih efektif dan lebih jimat berbanding pagar yang mereka guna sebelum ini.

Kenapa pagar cyclone?

  • Lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.
  • Tahan lama dari hakisan karat.
  • Melindungi dusun/kebun dari ancaman musuh luar seperti Lembu, Kambing, Babi, Anjing, Kerbau.
  • Kepungan kepada haiwan ternakan seperti Lembu, Kambing serta Rusa.
  • Modah hanya sekali sahaja berbanding pagar lain apabila rosak tidak boleh dibetulkan semula.

Pagar cyclone juga terdapat beberapa jenis ikatan dawainya dan setiap ikatan ada fungsi nya dan digunakan mengikut kesesuaian dan keperluan. Antara jenis ikatan yang ada :-

  • Ikatan – FIXED KNOT
  • Ikatan – HINGED JOINT
  • Ikatan – FASTLOCK

Ingat tau 3 nama jenis ikatan ni, jom kita lihat lebih jelas contoh gambaran jenis ikatan dibawah ni :-

 

IKATAN DAWAI – FIXED KNOT

Kalau anda pernah lihat jenis ikatan bentuk sebegini, nama komersial nya adalah FIXED KNOT. Ramai di kalangan penternak mahupun pekebun panggil atau sebut jenis ikatan ini gridlock, griplock. BUKAN !!  yang biasa anda sebut ini adalah JENAMA sesuatu cyclone. Contohnya bila anda mahukan GRIPLOCK, itu adalah jenama produk cyclone dan harga nya berbeza sebab ianya produk import sedangkan anda mahukan cyclone yang biasa tapi ikatanya sama seperti griplock.

Lepas ni anda dah boleh la jelas dan faham kan, nama jenis ikatan ini apa.. hehe. Ingat tau, kalau jenis cyclone ikatan sebegini nama nya FIXED KNOT.

Balora Agro ada 3 jenama produk untuk jenis ikatan fixed knot ni.

  1. PAGAR CYCLONE BALORA – SILVER PRO
  2. PAGAR CYCLONE PREMIUM – TIGHTLOCK BELGIUM ( high tensile )
  3. PAGAR CYCLONE PREMIUM – GRIPLOCK AUSTRALIA ( high tensile )

 

IKATAN DAWAI – HINGED JOINT

Pernah tak nampak jenis ikatan yang sebegini pada pagar cyclone? nampak macam lilitan sahaja kan berbanding jenis ikatan fixed knot. Nama komersial nya adalah HINGED JOINT.

Jenis ikatan hinged joint ni pula ramai penternak dan juga pekebun sebut fastlock. BUKAN !! fastlock adalah jenama produk juga dan ikatan fastlock juga berbeza rupa ikatan nya dengan yang diatas ini.

Haa kalau nampak jenis rupa ikatan macam ni, lepas ni ingat tau, nama ikatan ni HINGED JOINT tau, bukan fastlock !!

Untuk ikatan jenis hinged joint ni Balora Agro ada 1 kategori :-

  1. PAGAR CYCLONE BALORA – EKONOMI

 

IKATAN DAWAI – FASTLOCK

 

Ikatan diatas ini pula kita panggil FASTLOCK. Produk keluaran dari pada southern wire dari Australia.

Untuk ikatan jenis fastlock ini di Balora Agro ada 1 kategori :-

  1. PAGAR CYCLONE AUSTRALIA – FASTLOCK

 

Selepas ini anda dah boleh kenal setiap jenis ikatan dawai pagar cyclone. Jika masih tak jelas dan tidak faham lagi, anda boleh hubungi team Balora Agro di ruangan chat dibawah sudut kanan atau klik link whatsapp dibawah untuk sebarang pertanyaan.

pertanyaan lanjut disini

Share this post

Recent Posts

Moh lerr kite ke Perak.. Hari HPPNK Kebangsaan di Ipoh dari 10 Nov – 12 Nov 2023

IPOH, 7 November – Dijangkakan 350,000 pengunjung akan hadir pada sambutan Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini …

Read More →

PESARA KERAJAAN MAMPU MERAIH PENDAPATAN LUMAYAN DENGAN MENJUAL RUSA

Sungguh tidak sangka, bermula hanya sekadar hobi semata-mata untuk memenuhi masa lapang, kini pesara kerajaan Mohd Zaid Zakaria, mampu menjana pendapatan yang lumayan hasil dari …

Read More →

10 JENIS BAKA LEMBU TERBESAR DIDUNIA

Bagi petani, produktiviti daging dan susu lembu adalah penting, tetapi ada individu yang menyebabkan kekaguman bukan untuk berat penyembelihan dan hasil susu yang tinggi, tetapi …

Read More →

“SAYA NAK PAGAR CYCLONE YANG PALING TERBAIK SEKALI UNTUK KANDANG LEMBU SAYA”

Menternak haiwan seperti lembu sudah semestinya perkara wajib perlu difikirkan adalah berkenaan kandang atau pagar untuk ternakan seperti lembu. Ianya bagi memastikan haiwan ternakan tidak …

Read More →

PENTERNAK KAMBING AWALNYA DI KETAWAKAN, TAK SAMPAI BEBERAPA TAHUN LIHAT HASILNYA.

RANCANG AWAL AKTIVITI SELEPAS BERSARA DENGAN MENTERNAK KAMBING Pada awalnya diketawakan, tak sampai setahun jadi sanjungan. Kisah benar ini terjadi dekat kawan ayah saya sendiri …

Read More →

PERAK AGROFEST 2023 – PAMERAN & JUALAN PAGAR CYCLONE ( 29 SEPTEMBER – 1 OKTOBER 2023 )

BALORA AGRO AKAN BERADA DI PERAK AGROFEST 2023 SEPANJANG 3 HARI DI SUNGAI SIPUT. Sempena Perak Agrofest 2023 yang bakal berlangsung pada 29 september hingga …

Read More →